Tuesday, 28 May 2013

Ingin Kongsi Jerkkk...

Pengertian Islam
Mentauhidkan Allah,tunduk dan patuh kepadaNya serta menunaikan segala ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W

Pengertian Iman
Membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W

Pengertian Ihsan
Melakukan ibadah dengan khusyuk,ikhlas dan yakin bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi apa yang dilakukannya.

Peranan Akidah Dalam Kehidupan Manusia
  • Panduan dan pegangan hidup
  • Pengawal diri
  • Membentuk akhlak mulia
  • Ketenangan jiwa
  • Menghindarkan penyelewengan 
  • Rahmat Allah
  • Kekuatan diri
Peranan Akidah Dalam Rumahtangga
  • Benteng menghadapi masalah
  • Membina pergaulan baik suami isteri
  • Asas pengurusan keluarga
  • Sikap bertanggungjawab
  • Semangat berusaha 
  • Bersyukur dan Qanaah (rasa cukup)
Perkara Yang Membatalkan Akidah Sama Ada Melalui Hati,Perkataan dan Perbuatan
  • Mensyirikkan/Menyembah selain daripada Allah SWT
  • Mengingkari dan mempersenda hukum Allah SWT
  • Mempercayai ada kuasa selain daripada Allah SWT yang memberikan kesan
  • Menolak Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW
Kesan Terbatalnya Akidah
  • Terbatal ikatan perkahwinan (suami isteri)
  • Menghilangkan hak mempusakai
  • Menghilangkan hak perwalian
  • Tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan orang islam
  • Menghilangkan hak keistimewaan orang islam





No comments:

Post a Comment